Dengan izin, saya gunakan bahasa Melayu:
1. Memulakan cetusan idea mewujudkan Anugerah-anugerah untuk memperkasa jati diri bangsa, mencetus rasa cinta dan yakin boleh. Antaranya: anugerah tokoh pendidikan kimaragang, anugerah Ibu mithali kimaragang, anugerah tokoh budaya kimaragang, anugerah tokoh petani kimaragang pada tahun 1996/7. (Tidak ada publisiti yang besar kerana saya memang bukan jenis mau canang2 seluruh dunia...)
2. Membantu bapa saya membukukan cerita2 rakyat (tangon), adat istiadat kimaragang (usaha bermula semmenjak awal tahun 1990-an)
3. Mengkaji salasilah keluarga/keturunan. Ada tersiar di Daily Express/New Sabah Times (lupa sudah). Sekitar hujung tahun 90-an. Saya ada keratan akhbar tapi...hilang sudah.
4. Membantu penyelidik salasilah kimaragang (sdr. Charles dan sdr Kee Roslee) sekitar tahun 2004-6.
5. Turut membantu-bantu aktiviti persatuan Kimaragang, grup alumni, grup INPES demi kebaikan bansa Kimaragang (cuma saja sekarang kurang/tidak aktif sebab kesibukan saya menjadi pengerusi beberapa badan NGO lain...utk makluman, saya pengerusi gabungan NGO sabah, jadi memang punya masa yang terbatas).
6. Sentiasa menulis berkaitan pembangunan minda dan jiwa bangsa Kimaragang. Lihat blog "suara bangsa" (yang saya maksudkan ialah bangsa Kimaragang) dan blog ini (Posikpo).
7. Sentiasa mengkaji dan mendokumentasikan hal ehwal berkaitan bansa Kimaragang.
Hmm, sumbangan saya memang kecil dan tidak ketara kerana saya memang memilih cara begini. Saya bahagia dengan cara ini dan saya akan terus dengan cara ini.
'Kekadang saya "lupa" bangsa sendiri kerana saya di perlukan oleh kawan-kawan saya yang berbagai bangsa dan agama. Maafkanlah saya..."